Wednesday, 22 August 2018

MAJLIS BERAMBEH GAWAI RAYA PPD SAMARAHAN 2018


Pada 6 Julai 2018, Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Samarahan telah mengadakan Majlis Berambeh Gawai Raya PPD Samarahan bertempat di perkarangan parkir utama.


Majlis begitu meriah dengan kehadiran beberapa orang tetamu jemputan seperti Mantan Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, En. Mohd Sarkawi Bin Ali Akbar. Kemeriahan majlis turut dirasai dengan kehangatan tarian persembahan dan nyanyian daripada beberapa orang guru besar dan staf PPD Samarahan. Pada tahun ini, pertandingan di antara gerai-gerai merangkumi pakaian dan makanan bertemakan 'Gawai Raya'. 










No comments:

Post a Comment