KOSPEN

KOSPEN adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui peningkatan pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar umbi. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri dari sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini akan dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM. 

Dengan kejayaan yang membanggakan dicapai melalui KOSPEN komuniti, maka Kementerian Kesihatan Malaysia kini mengorak langkah mengembangkan Program KOSPEN  Plus ini ke tempat kerja. Menjadikan sesuatu tempat kerja yang sihat adalah satu pelaburan yang besar untuk masa depan sesebuah organisasi dan juga pekerja secara khususnya dan negara amnya. 

Program KOSPEN Plus menggunakan konsep yang sama tetapi di ubahsuai mengikut kesesuaian untuk di laksanakan di agensi awam dan swasta. Kumpulan sukarelawan yang dikenali sebagai pasukan rujuk (liaison officer) dilatih oleh pihak KKM yang bertindak sebagai penyumbang input teknikal. 

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru para majikan bersama-sama memastikan para pekerja bebas dari penyakit NCD dan faktor risikonya. Kerjasama para majikan amat penting dalam memastikan kejayaan Program KOSPEN Plus. Adalah diharap melalui penerapan polisi kesihatan dan Program KOSPEN Plus dapat memupuk pengetahuan dan sikap positif majikan dan pekerja ke arah pewujudan persekitaran yang menjurus kepada amalan dan tingkah laku sihat agar bebas dari belenggu penyakit NCD serta mampu mengekang peningkatan prevalen penyakit dan faktor risiko NCD menjelang 2025. 

MUAT TURUN :

No comments:

Post a Comment