Sunday, 21 May 2017

MESYUARAT EKSA BIL.1/2017 PPD SAMARAHAN


Sebagai langkah pertama menyahut seruan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, PPD Samarahan telah mengadakan Mesyuarat EKSA Bil.1/2017 pada Hari Jumaat, 19 Mei 2017 di Bilik Mesyuarat Sri Asajaya, PPD Samarahan.





Antara agenda yang dibincangkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pelaksana Program EKSA, Pelaksanaan EKSA PPD Samarahan, gotong-royong perdana EKSA dan ciptaan logo EKSA PPD Samarahan.


MAJLIS PELANCARAN KOSPEN PPD SAMARAHAN

Pada Hari Khamis, 18 Mei 2017, PPD Samarahan telah mengadakan 'soft launching' KOSPEN di Bilik Mesyuarat Sri Asajaya. Majlis dirasmikan oleh Pn. Aziah Binti Samsudin, Ketua Unit Pegurusan Organisasi bersama Dr. Nurul Iman wakil dari Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.